Wednesday 13 July 2011

Sejarah dan Struktur KKTDI

Salam and Greeting

Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail (KKTDI) merupakan asrama baru di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini. Ia telah siap dibina pada tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada tahun 2006. Sesi 2006/2007 merupakan pelajar pertama yang menghuni di KKTDI ini. Dalam usia yang menjangkau 6 tahun, KKTDI berharap agar dapat menjadi  sebuah penempatan asrama yang cukup selesa kepada penghuninya malah, dalam usaha untuk menjadi kolej kediaman yang terbaik di antara kolej-kolej lain.

Parking bagi kenderaan pelajar juga ada disediakan bagi kemudahan pelajar meletakkan kenderaan mereka. Terdapat juga 2 buah rumah tamu yang boleh digunakan keluarga pelajar yang datang dari tempat yang jauh. Mereka dibenarkan menginap disitu dan rumah bersaiz sederhana tersebut dibersihkan oleh para pekerja pada waktu yang telah ditetapkan. 

Kedudukan blok asrama yang berhampiran dengan tasik mendamaikan jiwa penghuni di Kolej ini. Tambahan lagi gelanggang bola tampar dan futsal telah disediakan untuk kemudahan pelajar berekreasi  di tepi tasik. Tidak kurang juga dengan kemudahan berkayak bagi para pelajar juga sangat mudah didapati oleh para pelajar. Padang bola sepak juga boleh didapati berdekatan dengan KKTDI.

KKTDI  terdiri daripada 4 blok asrama yang cukup selesa kepada penghuninya di mana blok A dan B diperuntukkan kepada pelajar lelaki dan blok C dan D untuk pelajar wanita. Kolej ini mementingkan budaya yang ceria bagi mewujudkan keadaan yang damai, sesuai bagi menuntut ilmu. Selain itu terdapat banyak kemudahan yang lengkap telah disediakan bagi meningkatkan keselesaan pelajar iaitu antaranya ialah
  • Koperasi
  • Surau perdana
  • Pejabat
  • Bilik mesyuarat
  • Mesin pemulangan buku perpustakaan
  • Tempat menunggu bas
  • Televisyen dan ruangan menunggu
  • Makmal komputer
  • Gimnasium
  • Kafeteria
  • Kedai dobi
  • Dewan aktiviti